Thursday, March 25, 2010
Orkidnya Sudah Menjadi. Analisis Sastera.
(a) Huraikan watak Jamal sebagai seorang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam petikan cerpen ini. [12 markah]
"Orkidnya Sudah Menjadi" merupakan karya hasil Khadijah Hashim yang diterbitkan dalam buku Kasih Entah Di Mana pada tahun 2003. Dalam cerpen ini, terdapat banyak watak - Jamal, Asiah, Aliza, Adli dan Amin. Jamal, merupakan seorang ayah dalam cerpen ini.
Jamal merupakan bapa kepada Adli dan Aliza, dan suami kepada Asiah, yang tidak bertanggungjawab. Sungguhpun Aliza gagal dalam banyak mata pelajaran, ini adalah kerana ayahnya tidak membelikan buku-buku untuk Aliza gunakan untuk belajar. Ini dapat dilihat daripada:
"Buku kira-kira Aliza ayah belum beli. "
Ini menunjukkan bahawa Jamal langsung tidak mempedulikan pelajaran anak-anaknya dan ini merupakan tanggungjawabnya, yang tidak terlaksana.
Selanjutnya, Jamal juga merupakan seorang yang bengis. Biarpun Adli sudah terkecut hatinya, Jamal menengking dengan lantangnya sehingga terlempar barang. Ini terbukti daripada:
" "Ayah tak mahu sain, " kata Jamal lalu melemparkan buku kecil itu ke tanah. "
Ini membuktikan bahawa Jamal terlalu bengis sehingga dia tidak mahu menandatangani Buku Penyata Kemajuan Adli malah melemparkannya ke tanah.
Bertambah kepada watak yang disebutkan tadi, Jamal juga seorang yang tidak memikirkan perasaan orang lain. Perkataan 'bodoh' yang digunakan sebagai sindiran pasti menyinggung perasaan Adli kerana ketajaman makna perkataan itu. Ini dapat dilihat daripada:
"Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main sahaja?"
Secara amnya, perkataan ini agak pedas, namun ia tetap digunakan kepada Adli. Sedar atau tidak sedar, Jamal telah mendoakan Adli dan ini membuktikan bahawa dia tidak menghiraukan perasaan orang lain.
Seterusnya, Jamal juga seorang yang panas baran. Ketika Aliza cuba membela dirinya dan menegur kesalahan ayahnya itu, kemarahan Jamal semakin menjadi-jadi. Ini dapat dilihat daripada:
" "Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab, " sembur Jamal dengan keras. "
Biarpun Aliza berniat untuk membela diri dan mempersoalkan tanggungjawab ayahnya, Jamal terus bersemburkan kata-katanya dengan keras hanya kerana dia tidak mahu mengaku kesalahannya dan tidak menerima anaknya membangkang percakapannya. Ini membuktikan bahawa salah atau tidak, dia tetap seorang yang panas baran.
Walaubagaimanapun, Jamal tetap seorang ayah yang prihatin. Biarpun mempunyai keputusan yang kurang memuaskan, dia tetap sibuk memikirkan anak-anaknya itu. Ini terbukti daripada:
"Kemudian terhenti di situ. Sebak rasa dadanya."
Dia masih risau akan keputusan anak-anaknya di sebalik sikap tidak bertanggungjawab dan sering marah sehinggakan, buat pertama kalinya, keriangan isterinya tidak dapat dirasakan dirinya seperti hari-hari lain sebelumnya.
(b) Asiah merasa girang dan senang hati terhadap orkid yang ditanamnya. Dia amat puas akan hasil tanamannya yang mula menjadi. Ini dapat dilihat daripada:
" "Orkid-orkid kita dah mula nak menjadi nampaknya, " ulang Asiah lagi. Masih tersenyum. Masih riang gembira."
Keriangan hatinya terbukti kerana dia tidak putus-putus mengulangi bahawa orkid-orkidnya telah menguntum sehingga suaminya muram pun, dia hanya menegur sedikit lalu meneruskan meluahkan perasaan gembiranya mengenai pertumbuhan tanamannya itu.
Dia melayani tanamannya itu dengan penuh kasih sayang dan membelainya seperti seorang anak yang harus dijaga. Ini dapat dilihat daripada:
"Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja."
Dia bagaikan ibu, yang memelihara tanamannya dengan teliti dan begitu gembira biarpun baru menguntum, sebagaimana seorang ibu menjaga anak dan keriangannya melihat anak mula berjalan.
(c) Jamal mengungkapkan bahawa anak-anaknya tidak menjadi kerana kesal dan kecewa atas keputusan sekolah mereka yang tidak memuaskan. Pastinya seorang bapa mahupun ibu ingin melihat anak-anaknya berjaya biarpun hanya dalam bidang akademik sekalipun. Ini dapat dilihat daripada:
"Tiba-tiba sahaja dia ternampak-nampak akan tulisan-tulisan yang merah-merah di buku kecil anaknya tadi. Dia kecewa dan kesal sekali."
Mana ada orang tua yang gembira melihat kegagalan anak. Tentunya, Jamal kecewa.
Dari segi perangai, Jamal tidak percaya anak-anaknya berani melawan kata. Sememangnya, ia biadap. Ia dapat dilihat daripada:
" "Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab." sembur Jamal dengan keras. "
Bukan hanya anak-anaknya gagal dalam bidang akademik, malah mereka tidak beradab baik seperti yang diingini Jamal.
Untuk Jamal, orkid-orkid isterinya dapat perlahan-lahan menguntum, tetapi dia sudah berhenti untuk menaruh harapan bahawa anak-anaknya dapat memperbaiki diri, umpama orkid-orkid itu. Ia tertera di:
"Banyak yang merah" dan "Banyak merah" yang diulangi.
Mereka bukan hanya gagal dalam satu tetapi banyak mata pelajaran. Dia tidak dapat menahan perasaan hampa dan kecewanya.
Biarpun Jamal mempunyai dua anak, kedua-duanya telah gagal dan dia lebih kecewa dengan kenyataan itu. Satu pun anaknya tidak dapat membuatnya gembira. Ia dapat dilihat daripada:
"Apa nak jadi ni?"
"Ini pun satu."
Dia telah dihampakan lagi kerana kedua-dua sekali anak-anaknya tidak mencapai kejayaan.
:D
dan ia tertulis ; @
8:56 PM
Monday, March 22, 2010
maaf. kertas saya tertinggal di sekolah.
dan ia tertulis ; @
8:11 PM